Monday 22 August 2011

Hargai sesuatu hubungan

Apabila kita menjalinkan hubungan silaturrahim, jangan kita sangkal ia, jangan kita putuskan ia, bagi hubungan silaturrahim yang lama, jangan usangkan ia, jangan dustakan ia, jangan lupakan ia, jangan tinggalkan ia... Sesungguhnya dalam setiap silaturrahim ada hikmah yang Allah S.W.T jadikan untuk setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, jadi menghargai silaturrahim itu tidak salah kerana hidup ini ibarat roda, sekejap ke bawah dan sekejap ke atas, tiada perhentian kecuali mati...
Sedangkan silaturrahim yang ada, jika dibaja dengan baik dan mulia, nescaya bermanfaat untuk kita hingga ke dunia azali...
Renung-renunglah diri, dan selamat beramal! ^_^
i love my family
i love my friends
i love my relationship with Allah
i love my relationship with  Rasulullah
i love my relationship with people around me
i love my relationship with myself truthfully


Friday 19 August 2011

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadr
Malam Lailatul Qadar adalah malam mulia yang nilainya lebih baik daripada 1.000 bulan (354.000x malam biasa):
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [QS Al Qadar: 1 - 5]
Asbabun Nuzul (Sebab-sebab turunnya ayat Al Qur’an) di atas adalah:
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah saw. pernah menyebut-nyebut seorang Bani Israil yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka Allah menurunkan ayat ini (QS. Al Qadr: 1-3) yang menegaskan bahawa satu malam lailatul qadar lebih baik daripada perjuangan Bani Israil selama seribu bulan itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Al Wahidi, yang bersumber dari Mujahid)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa di kalangan Bani Israil terdapat seorang lelaki yang suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukannya selama seribu bulan. Maka Allah menurunkan ayat ini (QS. Al Qadr : 1-3) yang menegaskan bahawa satu malam lailatul qadar lebih baik daripada amalan seribu bulan yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Bani Israil tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid).
Para sahabat kagum dan iri hati kerana lelaki Bani Israel tersebut selama 1.000 bulan (83 tahun 4 bulan) selalu beribadah dan berjihad kepada Allah kerana sejak lahir dia sudah berada di dalam agama yang lurus. Sedang para sahabat semenjak ajaran Islam disyiarkan Nabi, banyak yang masuk Islam pada umur 40 tahun atau lebih. Sehingga sisa waktu mereka hanya 20-30 tahun sahaja. Tak boleh menandingi ibadah lelaki dari Bani Israel tersebut.
Kerana itulah turunnya ayat di atas. Jika ummat islam beribadah pada malam tersebut, nescaya pahalanya sama dengan pahala 1000 bulan. Kerana itu perbanyakkanlah solat, zikir, doa, membaca Al Qur’an, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam Lailatul Qadar.
Bilakah Malam Lailatul Qadar itu Terjadi?
Malam Lailatul Qadar terjadi pada 1 malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29):
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan:
Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah ber’itikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan beliau bersabda, ‘Carilah malam qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” [HR Bukhari dan HR Muslim]
Jika berat mencari pada 10 malam terakhir, cuba cari pada 7 malam terakhir:
Dari Ibnu Umar ra bahawa beberapa sahabat Nabi SAW melihat lailatul qadar dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barangsiapa mencarinya hendaknya ia mencari pada tujuh malam terakhir.” Muttafaq Alaihi.

Dari Muawiyah Ibnu Abu Sufyan ra bahwa Nabi SAW bersabda tentang lailatul qadar: “Malam dua puluh tujuh.” [Abu Daud]
Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Nabi saw bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh yang terakhir dari (bulan) Ramadhan. Lailatul Qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa, dan lima yang masih tersisa.” [HR Bukhari]
Apa Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar?
Dari Ubay ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah saw beliau bersabda (yang ertinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah (setengah bejana).” (HR Muslim 1170)
Dan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah SAW:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
Bagaimana Cara Mengisi Malam Lailatul Qadar?
Nabi Muhammad ber-i’tikaf (tinggal di masjid) pada 10 malam terakhir:
Aisyah r.a. berkata, “Nabi apabila telah masuk sepuluh malam (yang akhir dari bulan Ramadhan) beliau mengikat sarung beliau, menghidupkan malam, dan membangunkan isteri beliau.” [HR Bukhari]
Di masjid beliau solat wajib dan sunat, membaca Al Qur’an, berzikir, berdoa, dan sebagainya.
Nabi biasa melakukan solat sunnat malam (Tarawih) pada bulan Ramadhan:
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau.” [Hr Bukhari]
Doa Malam Lailatul Qadar:
Dari ‘Aisyah ra bahawa dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku tahu suatu malam dari lailatul qadar, apa yang harus aku baca pada malam tersebut? Beliau bersabda: “bacalah:
Doa Malam Lailatul Qadar
(artinya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan, maka ampunilah aku).” Riwayat Imam Lima selain Abu Dawud.
Ciri-ciri Orang yang Mendapat Malam Lailatul Qadar
Ciri-ciri dari orang yang mendapat Malam Lailatul Qadar adalah dia ibadahnya lebih rajin daripada sebelumnya. Dia jadi lebih rajin solat, puasa, sedekah, dsb.
Tidak berani mengerjakan hal-hal yang maksiat. Tidak mungkin dia mabuk-mabukan, berjudi, atau pun mendekati zina.
Subhanallah..sungguh istimewa malam lailatulqadar yang kita semua majoritinya tahu mengenainya tetapi sukar mengamalkannya walaupun hanya celik mata dan berzikir di tempat tidur... Ayuh kawan-kawan, ubah diri tingkatkan motivasi ^_^

Jom saya nak berkongsi ...RAHSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA...

RAHSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA .....
Assalamualaikum kawan-kawan semuaaa...Ramadhan berbaki lagi 10 hari sahaja..Lailatul Qadar sudah menjelma, jangan lupa rebut peluang yang ada untuk perjuangan kita di alam nyata ... ^_^
Setahun sekali, tak luak pun kita usaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar tu kn? Usaha tangga kejayaan, Allah takkan senang-senang berikan hambanya apa yang diingininya begitu sahaja tanpa sebarang usaha...
Berusaha mencari Lailatul Qadar sama macam kita berusaha mencari pelindung kebal untuk selamatkan diri kita di dunia, cuma semua yang kita cari di Bulan Ramadhan nie, bekal yang kita tak nampak untuk hidup kekal abadi ...
Pernah dengar tak kata-kata ulama' : Biar kita hina di mata manusia asal jangan kita hina di pandangan Allah.... kata-kata itu benar dan rasionalnya sangat tinggi bagi mereka yang ingin berfikir dan muhasabah diri sejenak...
^_^
Jom kita tengok apa itu Lailatul Qadar yang orang nak kejar2 sangat nie sebenarnya...apa tandan-tanda dia.... dan macam-macam lagi...kerana rahsia kini bukan lagi rahsia sebab kita berusaha untuk mengetahui dan mendalami .... ^_^
LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)



Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

1)Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
2)Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
3)Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu
4)Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
5)Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
6)Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
7)Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
8)Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

1)Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
2)Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
3)Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan
4)Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya...
Jadi berusahalah kita pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk mengejar segala himpunan kebaikan yang dilapangkan Allah S.W.T kepada kita...




Wednesday 17 August 2011

mesej penting buat Umat islam ....

MQTK (ahlulbait) Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan -kawan:
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA
PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA.

KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. SENARAI BARANG YANG MENGANDUNG I LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON
( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche
( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang
Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan
Buatan Malaysia , USA , &
Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah
( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI

( KULIT BABI, URI & BINATANGYANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk MeeSegera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, FishCake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
3.. Daging Burger Import
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
15.Mee Rebus Tulang&Kiu b Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran
Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai
Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14.. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi YangBerminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNG I GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture > 6. Trebo Mint Chewing Gum/Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekasplastik
14. Gula-gula Fruities > 15 Cake Mets Vilber Punch
16 Coklat Cake
17 Tepung Kastard Lady'sChoice
18 Semua jenis Jelly
19 Semua jenis gincu bibir
20 Keseluruha n Jenis Sheisedo
21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNG I ALKOHOL UNSUR- UNSU RNYA

1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6 KESELURUHA N BALL PEN DAKWAT KERING
7 TONIK BAYI GRAPE WATER,TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak
terkena bahan-baha n diatas terutama pakaian sembahyang .

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HA TI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato
Chips Looks like you have to find
another alternativ e to munch. Just to let you and gang
know...... ... I have checked.. It's true that the chips contain
Emulsifier . Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088

Rezeki saya dan rezeki untuk semua ...

Alhamdulillah, semakin lama semakin baik respon yang diterima... Terima kasih kepada Kelab Jutawan dan rakan-rakan seperjuangan....
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, kita mampu berjaya, cuma kita perlu berkorban masa, wang dan sedikit masa untuk diri kita bagi mencapai kejayaan yang mampu dimiliki bersama...




Klik link ni untuk tahu apa yang su maksudkan... Alhamdulillah, berkesan dan takde skim menipu.. ini bukanlah skim cepat kaya, sama je macam kerja pejabat, kita usaha kita dapat, kita duduk saja, goyang kaki, makanlah kerusi sampai lebam!! ^_^
Alhamdulillah, sejak masuk kelab nie su banyak belajar tentang ict, penggunaan ict secara berhemah dan tidak merugikan, dapat panduan e-book yang sangat2 berkesan dan berguna, malah macam2 lagi su dapat tahu macam mana rupanya, manusia yang dikurniakan akal oleh Allah mampu menggerakkan tenaga dan akal secara maksimum dalam mencari rezeki kurniaan Ilahi nie...
jadi, su nak berkongsi dengan kawan2.... Taknak lah berjaya sorang2 kalau nak berjaya, biarlah 1 ummah kita berjaya dan bergerak sama-sama ke hadapan... Jadi, jangan tunggu lagi, jom klik link nie dan tengok apa yang patut... ^_^

Relaxkan diri ...

Saya suka dengar lagu nie.....muzik die relaaax je... ^_^
Jom kita dengar sama2...

Nuzul Quran ^_^

NUZUL AL-QURAN  
Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.

Ikan .... Ikan .... Ikan rebus .... Ikan goreng ....

waaah, moreh kami malam nie 1 umah makan ikan rebus dengan ikan goreng sebaaaab....peti ais tibe2 rosaaaaaaaaak!!! sebelum membazir dan buang rezeki2 nie sumeee...chef ramlah dah rebus dan goreng-goreng.........kami yang lain makaaaaaaaan je!! hehehe.... Timekaseh Ramlah!! heheheeh
mulut xde deria rasa (akibat tidak chat) jd yang dirasa adalah pedas air asam jee..
heheheheh.... Apepun, saya selera makan sebab rasa pedas..
Hihihihi....
esok nak panggil uncle dtg tgk peti ais, nak pgl uncle wong tgk lampu rumah jgk.. nak habes nie, banyak pulak barang dalam rumah nak buat hal, sem akhir dah nie... hehehe
janganlah rosak banyak2 ye...

Tuesday 16 August 2011

sehari yang membawa makna seribu erti mengapa saya perlu bersyukur

Seharian saya demam, menggigil dan merasakan diri saya tidak sihat dan tidak mampu untuk melakukan segalanya dengan baik seperti sebelumnya...
membuatkan saya menitiskan air mata kesyukuran tatkala merasakan nikmat sihat yang diberi Ilahi...
Sekaligus membuatkan saya merasa bersyukur dan terfikir di hati, bagaimana saya di hari tua nanti? Apakah yang dilalui ibubapa saya semasa mereka sakit? Adakah begini atau lebih teruk lagi? Terus saya beristighfar dan mendoakan mereka....
Tiba-tiba terasa naik bulu roma, meremang bila terfikir mengenai mati...Bagaimana saya bersedia untuk mati.....apakah saya mampu menerima kenyataan insan-insan kesayangan saya meninggalkan dunia ini menuju ke dunia kekal abadi? Tanggungjawab yang akan dipikul....Adik-adik yang mengharap...?
Tiba-tiba badan bertambah sejuk dan ketar, teman-teman tiada....rumah terasa sunyiiii.... Sungguh timbul rasa keinsafan dalam diri...
Aku rasa sungguh bersyukur kepada Allah, masih memberikan diriku akal untuk berfikir, masih memberikan secebis rasa keinsafan dalam diri, sungguh aku bersyukur ke hadrat Ilahi.. ^_^
Jadi, hargailah kesihatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita ye kawan-kawan...kadang-kadang isu kesihatan ni dipandang remeh temeh dan apabila kita sakit baru kita tahu menghargainya.....itupun kalau kita masih sedar akan semua kurniaan Allah beri ini... Betapa indah dan nikmatnya Allah Yang Maha Pemurah berikan nikmat yang tak perlu dibayar kepada hambanya...

Jadi, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan oleh Allah dan saya juga bersyukur diberi masa sakit suoaya saya boleh merenung diri dan apa yang telah saya lakukan... ^_^ 

Sunday 14 August 2011

Laailaahaillallaaah, Muhammad Rasulullaah ~~

░░░░░░░░▌║▐░░░░░░▀▀░ ░░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░▀▀▀░░░░░░░░░ ░░░░░░ ░░░░░░░░░░████░░░██░░██░░░██░ ░░░░░░ ░░░░░░░░░██░██░░░██░░██░░░██░ ░░░░░░ ░░░░░░░░██░░██░░░██░░██░░░██░ ░░░░░░ ░░░░░░░███████░░░██░░██░░░██░ ░░░░░░ ░░░░░░░░░░░░███████████░░░██░ ░░░░░░
The 99 names of OUR CREATOR
1 Allah (الله) The Greatest Name
2 Ar-Rahman (الرحمن) The All-Compassionate
3 Ar-Rahim (الرحيم) The All-Merciful
4 Al-Malik (الملك) The Absolute Ruler
5 Al-Quddus (القدوس) The Pure One
6 As-Salam (السلام) The Source of Peace
7 Al-Mu'min (المؤمن) The Inspirer of Faith
8 Al-Muhaymin (المهيمن) The Guardian
9 Al-Aziz (العزيز) The Victorious
10 Al-Jabbar (الجبار) The Compeller
11 Al-Mutakabbir (المتكبر) The Greatest
12 Al-Khaliq (الخالق) The Creator
13 Al-Bari' (البارئ) The Maker of Order
14 Al-Musawwir (المصور) The Shaper of Beauty
15 Al-Ghaffar (الغفار) The Forgiving
16 Al-Qahhar (القهار) The Subduer
17 Al-Wahhab (الوهاب) The Giver of All
18 Ar-Razzaq (الرزاق) The Sustainer
19 Al-Fattah (الفتاح) The Opener
20 Al-`Alim (العليم) The Knower of All
21 Al-Qabid (القابض) The Constrictor
22 Al-Basit (الباسط) The Reliever
23 Al-Khafid (الخافض) The Abaser
24 Ar-Rafi (الرافع) The Exalter
25 Al-Mu'izz (المعز) The Bestower of Honors
26 Al-Mudhill (المذل) The Humiliator
27 As-Sami (السميع) The Hearer of All
28 Al-Basir (البصير) The Seer of All
29 Al-Hakam (الحكم) The Judge One
30 Al-`Adl (العدل) The Just
31 Al-Latif (اللطيف) The Subtle One
32 Al-Khabir (الخبير) The All-Aware
33 Al-Halim (الحليم) The Forbearing
34 Al-Azim (العظيم) The Magnificent
35 Al-Ghafur (الغفور) The Forgiver and Hider of Faults
36 Ash-Shakur (الشكور) The Rewarder of Thankfulness
37 Al-Ali (العلى) The Highest
38 Al-Kabir (الكبير) The Greatest
39 Al-Hafiz (الحفيظ) The Preserver
40 Al-Muqit (المقيت) The Nourisher
41 Al-Hasib (الحسيب) The Accounter
42 Al-Jalil (الجليل) The Mighty
43 Al-Karim (الكريم) The Generous
44 Ar-Raqib (الرقيب) The Watchful One
45 Al-Mujib (المجيب) The Responder to Prayer
46 Al-Wasi (الواسع) The All-Comprehending
47 Al-Hakim (الحكيم) The Perfectly Wise
48 Al-Wadud (الودود) The Loving One
49 Al-Majid (المجيد) The Majestic One
50 Al-Ba'ith (الباعث) The Resurrector
51 Ash-Shahid (الشهيد) The Witness
52 Al-Haqq (الحق) The Truth
53 Al-Wakil (الوكيل) The Trustee
54 Al-Qawiyy (القوى) The Possessor of All Strength
55 Al-Matin (المتين) The Forceful One
56 Al-Waliyy (الولى) The Governor
57 Al-Hamid (الحميد) The Praised One
58 Al-Muhsi (المحصى) The Appraiser
59 Al-Mubdi' (المبدئ) The Originator
60 Al-Mu'id (المعيد) The Restorer
61 Al-Muhyi (المحيى) The Giver of Life
62 Al-Mumit (المميت) The Taker of Life
63 Al-Hayy (الحي) The Ever Living One
64 Al-Qayyum (القيوم) The Self-Existing One 65 Al-Wajid (الواجد) The Finder
66 Al-Majid (الماجد) The Glorious
67 Al-Wahid (الواحد) The One, the All Inclusive, The Indivisible
68 As-Samad (الصمد) The Satisfier of All Needs
69 Al-Qadir (القادر) The All Powerful
70 Al-Muqtadir (المقتدر) The Creator of All Power
71 Al-Muqaddim (المقدم) The Expediter
72 Al-Mu'akhkhir (المؤخر) The Delayer
73 Al-Awwal (الأول) The First
74 Al-Akhir (الأخر) The Last
75 Az-Zahir (الظاهر) The Manifest One
76 Al-Batin (الباطن) The Hidden One
77 Al-Wali (الوالي) The Protecting Friend
78 Al-Muta'ali (المتعالي) The Supreme One
79 Al-Barr (البر) The Doer of Good
80 At-Tawwab (التواب) The Guide to Repentance
81 Al-Muntaqim (المنتقم) The Avenger
82 Al-'Afuww (العفو) The Forgiver
83 Ar-Ra'uf (الرؤوف) The Clement
84 Malik-al-Mulk (مالك الملك) The Owner of All
85 Dhu-al-Jalal wa-al-Ikram (ذو الجلال و الإكرام) The Lord of Majesty and Bounty
86 Al-Muqsit (المقسط) The Equitable One
87 Al-Jami' (الجامع) The Gatherer
88 Al-Ghani (الغنى) The Rich One
89 Al-Mughni (المغنى) The Enricher
90 Al-Mani'(المانع) The Preventer of Harm
91 Ad-Darr (الضار) The Creator of The Harmful
92 An-Nafi' (النافع) The Creator of Good
93 An-Nur (النور) The Light
94 Al-Hadi (الهادي) The Guide
95 Al-Badi (البديع) The Originator
96 Al-Baqi (الباقي) The Everlasting One
97 Al-Warith (الوارث) The Inheritor of All
98 Ar-Rashid (الرشيد) The Righteous Teacher
99 As-Sabur (الصبور) The Patient One
++++++++++++++++++██+++++██++++
++++██++++++███++++++███++++███+++++█+++++
++++██+++++█████++++█████+++████+++██+++++
+++███++++██████+++██████+++█+██+++██+++++
+++███++++██████+++██████++██++█+++██+++++
...++████++++██++██+++██++███+██++█+++█++++++
+█████++++██++███++██++███+██++█++██++++++
+█████+++███+++██++██+++██+██++█++██++++++
+██+██+++███+++██+███+++██++█++█++██++++++
+█++██+++███+++██+███+++██++████++█+++++++
++++██+++███+++██+███+++██++████+██+++++++
++++██+++███+++██+███+++██+++++++█++███+++
++++██+++███+++██+███+++██++++++██+█████++
++++██+++███+++██+███+++██++++++██+██+██++
++++██+++███+++██++██+++██++++++█++██+██++
++++██++++██++███++██++███+++++██++██+██++
++++██++++██++██+++██++██++++++██++██+██++
++++██++++██████+++██████++++++██++██+██++
++++██++++██████+++██████++++++█+++██+██++
++++██+++++████+++++████++++++██+++████+++
++++++++++++██+++++++██+++++++██++++███+++
.
++++++++++█████████████████████+++++++++++
+++++++++++███████████████████++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++██████████++++++++++++++++
++++++++++█████████████████████+++++++++++
.
+++++++███████++++++++++++++++++++++++++++
+++++███+++██████+++++++++++████████++++++
++++██+++██████████++++++████++++++███++++
+++██++█████████████++++███+++█████████+++
++██++███████████████++██++█████████████++
++█++██████████████████+++███████████████+
+██+██████████████████++█████████████████+
+██+██████████████████+██████████████████+
+█+██████████████████++███████████████████
++███████████████████████████████████████+
++███████████████████████████████████████+
++++████████████████████████████████████++
++++███████████████████████████████████+++
+++++█████████████████████████████████++++
++++++████████████████████████████████++++
++++++███████████████████████████████+++++
+++++++█████████████████████████████++++++
++++++++██████████████████████████++++++++
+++++++++████████████████████████+++++++++
+++++++++++█████████████████████++++++++++
++++++++++++███████████████████+++++++++++
++++++++++++++███████████████+++++++++++++
++++++++++++++++███████████+++++++++++++++
+++++++++++++++++████████+++++++++++++++++
+++++++++++++++++++████+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++++
.
++++++++++++++++++++++█+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++█++++++++++++++++++++██+++++
++++++++++++████++++█+█++█++++++███+++++++
+++++++++++████++++██+█++█++++███++██+++++
+++++++++++██+++++++██████++███++++██+++++
++++++++███++++++++++█++█+++++++++++██++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++███+++
++++++++++++++++++++++█++++++++█++++██+█++
++++++++++++███++++++██+++++++███++++█+██+
+++++++++++████+++++++█+++++++████+++█++++
+++█++++++██++█+++++++██+++++++█+██++█++++
++█++++++██++██+++++++██+++++++██+█++██+++
++█+++++██+++█++++++++██+++++++██+█++██+++
++██+++██+++██++++++++██++++++++██+++██+++
++███████+++██++++++++██++++++++██+++██+++
+++████+++++█+++++++++██++++++++██+++██+++
++++++++++++██++++++++██+++++++++█+++██+++
++++++++++++███+++++++███+++++++██+++█++++
++++++++++++███████████████++++███+++█++++
+++++++++++++█████████++█████████+++++++++
++++++++++++++++████++++++█████+++++++
لآ إلـ‗__‗ـه إلآ اللـ‗__‗ـه مُحمـ‗__‗ـدٌ رسـ‗__‗ـول اللـ‗__‗ـه
*
أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ
......و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ
──────────██
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
──────██▒█▒▒█
────██▒▒██▒▒█
──██▒▒█▒█████
─█▒▒█▒▒█▒▒▒▒▒█
█▒█▒▒█▒▒███▒▒▒█
─█▒█▒▒█▒▒█▒█▒▒█
─█▒█▒▒███▒▒▒▒█
──█▒██▒▒▒▒▒▒█
───█▒▒▒▒▒▒▒ıl

Rezeki yang perlu dikongsi ...

Allah bagi kita rezeki untuk dikongsi, dengan perkongsian akan datang keberkatan dan akan makin mencurah-curah rezeki yang Allah beri... Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih mamapu bernafas dan berzikir mengingati Allah yang Maha Esa dan Pemurah  dalam kehidupan, aku bersyukur kerana masih dikurniakan iman dan dinding ketenangan dalam diri...
Ingat, jangan selalu takabbur dan leka, bila Allah beri kita rezeki lagi kita tak boleh lalai kepadanya... semoga aku pun tidak menjadi seorang yang lalai tanpa mampu menyeimbangkan jasmani dan rohani ku...
Aku akan ingat segala pesanan orang tua dan berbakti dari segi dalaman dan luaran semampu yang mungkin..
Langkah pertama adalah melakukan pelaburan di atas rezeki yang diberi.. pelaburan yang akan membantu ku untuk bersedia menghadapi sakaratulmaut pada bila-bila masa jika Allah mahukan... semoga dengan pelaburan ini, hidup kami (aku dan keluargaku) mati kami, kesenangan kami, jihad kami tetap di jalan Allah ...
Marilah kawan-kawan kita sama-sama  mengejar kejayaan dan ketenangan hati serta hidup kita sehari-hari dengan berlumba-lumba menggapai redha Ilahi...

Jom klik link ini, untuk sama-sama menjadikan hidup kita antara yang terbaik dan membangunkan ummah yang gemilang dalam diri kita. Siapa lagi yang akan bermula jika kita tidak ambil langkah pertama? Marilah membimbing dan memimpin tangan saudara seagama menuju kejayaan!  http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=SuaiMniss

Wednesday 10 August 2011

Ramadhan yang dilalui...

Ramadhan kali nie lebih dirasai, tahun terakhir menyambut Ramadhan sebagai seorang pelajar IPG, tahun depan dapat posting mana pun tak pasti lagi... 
Pengalaman sepanjang sebelas hari puasa, masih teruja nak minum air waktu sampai time berbuka tak habes2 lagii... Ingat dah tak jadi macam budak dah, tapi rupe2nye lagi menjadi2 ade..
dengan tekak perit, sakit, nak kata demam tak demam, tapi....mungkin di ambang kedemaman.. moga2 penyakit tak datang, kalau tak, lagi tak larat nak tanggung...
^_^ nak g solat asar dan bersiap siaga menuju ke bazar Ramadhan pulak.. Adiyoss...

Tuesday 9 August 2011

starting and beginning the ....

salam untuk semua.. ntah macam mana terasa nak buat blog pulak... mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sesuai kan diri, penuhkan semua form, nanti dah best boleh publish untuk semua membaca intipati di dalamnya ... ngehehehe
salam perkenalan dan salam untuk pembelajaran "create your own blog"  ^_^