Tuesday 28 July 2020

APAKAH ITU SAHABAT?


Bila bersahabat kita tahu baik buruknya jangan kita sebarkannya
Selalunya hati kita akan timbul rasa tidak puas hati pada sahabat kita
Tetapi fikirkanlah apa yang sahabat kita pernah lakukan pada kita
Apa yang sahabat kita selami dengan kita
Suka susah sedih senang kita
Jangan kerana sesuatu perkara dengki cemburu iri menguasai akal kita
Kalau tiada baik dan buruk itu bukan manusia namanya
Kita bersahabat dengan manusia
Bukan dengan malaikat
Kebolehan untuk menerima baik buruk sahabat adalah lazim dan satu advantage untuk kita
Jangan dicaci dan disindir sahabat
Sahabat sekelas, serumah, sebilik, sekereta, seselimut, sebaju sekalipun semuanya ada baik buruknya
Kita patut bersyukur dapat sahabat yang mampu mengajar kita dan mematangkan kita untuk menghadapi dunia sebenar yang lebih zalim dan mencabar dari sekarang

Jika kita mampu menerima sahabat kita walau sekurang manapun dia itulah tanda kita mampu menerima manusia (makhluk yang dicipta Allah Maha Esa) dengan seadanya
Itulah salah satu sifat redha dan berusaha bersatu dengan alam sekitar
Senang mulut untuk mengata tapi hakikatnya tiada siapapun suka dirinya diperkatakan baik di hadapan atau di belakang
Kalau kata jenis straight to the point tu zahir sahaja, apapun batin tetap terasa, simpan dalam hati, dan dendam mula memutik sedikit demi sedikit
Jadi tak salah untuk hipokrit dan menjaga hati kawan kerana dalam Islam juga tidak menuntut sahabat menyakiti hati sahabatnya, tetapi sampaikan dengan cara paling lembut yang boleh engkau perkatakan padanya
Jadi, jangan selalu ambil mudah tentang hati sahabat anda dengan sikap out spoken
Kadang-kadang, orang lain yang dengar sakit telinga

Satu lagi, sahabat mudah meluahkan rasa tidak puas hati kepada sahabatnya kepada sahabat yang lain, sesungguhnya cara itu lebih membuka jalan kepada syaitan yang direjam untuk menghuru harakan persaudaraan manusia
Berwaspadalah wahai sahabat
Sabarlah
Renungkanlah
Ikhlaskanlah
Fikirkanlah
Sesungguhnya manusia itu pelbagai, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada

No comments:

Post a Comment