Tuesday 11 October 2011

HAKIKAT ANAK ADAM.... ^_^


Hakikatnya Anak Adam diciptakan untuk saling kenal mengenal, isi mengisi, dokong mendokong kerana mengharapkan kebahagiaan dalam perhubungan. Keistimewaannya mengalihkan air mata bila diingati.
Kematian tidak mengenal usia atau bangsa. Ianya pasti datang samada kita suka ataupun tidak, bersedia atau belum, dan tidak pula boleh ditunda tarikh dan masa. Hakikatnya, ia akan menjelma bila tiba ketentuannya.
Nafsu merupakan kurniaan Allah terhadap makhluknya khususnya yang bernama manusia. Manusia ditakdirkan membiak melalui nafsu tetapi manusia menjadikan nafsu sebgai Tuhan mereka dengan memuja dan menjadi hamba nafsu sehingga mengingkari perintah Allah.
Firman Allah;SUrah Yusuff;ayat 53; Sesungguhnya nafsu mendorong ke arah kejahatan.

Menuntut masyarakayt menerima apa sahaja kehendak kita atas alasan kita berhak atas apa yang kita rasakan baik menunjukkan kita belum matang!!!! Juga menunjukkan kedangkaaln iltizam untuk menjadi insan yang BERTANGGUNGJAWAB!!
tidak boleh menunjukkan sikap membenci dan meminggirkan mereka ini, sebaliknya jalankan tanggungjawab, betulkan mana yang silap dan salah, dengan penuh berhikmah, bukan mencaci,mencemuh dan menghina...
Pendekatan dakwah terbukti lebih berkesan dan positif daripada bentuk hukuman yang keras dan tegar. Dengan ini kita dapat membimbing seseorang itu keluar dari masalah dengan cara bijaksana dan bukannya EMOSIONAL...!
Mudah2an mereka akan menerima atau paling tidak menghormati pendapat dan pandangan sepertimana Firman Allah yang bermaksud; Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik!!!
:)
Rasullullah S.A.W  menakluk lawannya tanpa sedikitpun menyakiti hati mereka. Baginda tetap hormat dan menghargai lawan walaupun mereka keterlaluan dan kurang ajar! Baginda mampu bersimpati sehingga tiada yang mampu menyalahkan, tutur katanya amat mudah dimengertikan. BAGINDA MERUPAKAN KOMUNIKATOR YANG TERBAIK!!
Siapalah kita untuk menghukum orang lain, kecuali ALLAH S.W.T, semua orang berhak berdoa, hanya Allah yang lebih mengetahui untuk memakbulkannya....

SIAPAKAH KITA?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
jadi, wahai ikwah dan akhowat, renung-renungkanlah..... golongan manakah kita berada......

APAKAH ITU SAHABAT?


Bila bersahabat kita tahu baik buruknya jangan kita sebarkannya
Selalunya hati kita akan timbul rasa tidaka puas hati pada sahabat kita
Tetapi fikirkanlah apa yang sahabt kita pernah lakukan pada kita
Apa yang sahabat kita salami dengan kita suka susah sedih senang kita
Jangan kerana sesuatu perkara dengki cemburu iri menguasai akal kita
Kalau tiada baik dan buruk itu bukan manusia namanya
Kita bersahabat dengan manusia
Bukan dengan malaikat
Kebolehan untuk menerima baik buruk sahabat adalah lazim dan satu advantage untuk kita
Jangan dicaci dan disindir sahabat
Sahabat sekelas, serumah, sebilik, sekereta, seselimu, sebaju sekalipun semuanya ada baik buruknya
Kita patut bersyukur dapat sahabat yang mampu mengajar kita dan mematangkan kita untuk menghadapi dunia sebenar yang lebih zalim dan mencabar dari sekarang
Jika kita mampu menerima sahabat kita walau sekurang manapun dia itulah tanda kita mampu menerima manusia (makhluk yang dicipta Allah Maha Esa ) dengan seadanya
Itulah salah satu sifat redha dan berusaha bersatu dengan alam sekitar
Senang mulut untuk mengata tapi hakikatnya tiada siapapun suka dirinya diperkatakan baik di hadapan atau di belakang
Kalau kata jenis straight to the point tu zahir sahaja, apapun batin tetap terasa, simpan dalam hati, dan dendam mula memutik sedikit demi sedikit
Jadi tak salah untuk hipokrit dan menjaga hati kawan kerana dalam Islam juga tidak menuntut sahabat menyakiti hati sahabatnya, tetapi sampaikan dengan cara paling lembut yang boleh engkau perkatakan padanya
Jadi, jangan selalu ambil mudah tentang hati sahabat anda dengan sikap out spoken
Kadang-kadang, orang lain yang dengar sakit telinga
Satu lagi, sahabat mudah meluahkan rasa tidak puas hati kepada sahabatnya kepada sahabat yang lain, sesungguhnya cara itu lebih membuka jalan epada syaitan yang direjam untuk menghuruharakan persaudaraan manusia
Berwaspadalah wahai sahabat
Sabarlah
Renungkanlah
Ikhlaskanlah
Fikirkanlah
Sesungguhnya manusia itu pelbagai, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada

Wednesday 5 October 2011

TANDA PADA DIRI KITA ... UNTUK MENGHADAPI SAAT KEMATIAN ...

Tanda-Tanda Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama…

akhlak mulia ~~


Lama tak menulis di sini, hari nie nak kongsi cerita-cerita dan kisah-kisah terkumpul yang dibaca buat renungan kita bersama...

DIRIWAYATKAN, Abu Darda’ melihat orang sedang berkerumun sambil memukul serta mencaci maki seorang lelaki. Abu Darda’ kemudian menghampiri kumpulan ramai itu lalu bertanya: “Apa hal sampai begini jadinya? Mereka yang berkerumun itu menjawab: Ini lelaki yang sudah melakukan dosa besar.
Abu Darda berkata lagi: Apakah tindakan kamu jika dia terjatuh ke dalam sebuah perigi? Adakah kamu semua akan mengeluarkannya? Mereka menjawab: Ya, sudah tentu kami akan mengeluarkannya.
Kemudian Abu Darda berkata: Jika begitu, janganlah kamu mencaci dan memaki serta memukulnya. Sebaliknya tutuplah aibnya, bimbinglah dia dan bersyukur kepada Allah yang sudah memelihara kamu dari perbuatan dosa itu.

Mendengar nasihat Abu Darda’, mereka kembali mengemukakan pertanyaan: Adakah kamu tidak membencinya? Lantas Abu Darda’ menjawab: Aku membenci perbuatannya. Namun jika kemudian dia tidak lagi melakukannya maka dia adalah saudaraku. Mendengar kata-kata Abu Darda’ yang penuh berhemah itu, lelaki yang dipukul itupun menangis dan bertaubat kepada Allah.
Ini satu contoh baik yang seharusnya setiap pendakwah amalkan kerana ia selari perintah Allah dalam firman yang bermaksud: “Serulah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125)
Seseorang pendakwah semesti sentiasa berusaha mendidik diri sendiri dengan akhlak murni. Dia juga perlu bermuhasabah diri supaya menjadi pendakwah yang dihormati kerana keperibadian serta ilmu dimiliki.
Pada suatu ketika, Ibnul Muqaffa’ ditanya: “Siapakah yang mengajarkan adab dan sopan santun yang luhur ini kepadamu? Lalu Ibnul Muqaffa’ berkata: Diriku sendiri. Kemudian dia ditanya lagi: Mana mungkin seseorang itu boleh mengajarkan sopan santun kepada dirinya sendiri tanpa berguru!
Ibnul Muqaffa memberi penjelasan: Mengapa tidak? Jika aku melihat sesuatu kebaikan pada diri seseorang, aku akan pergi menemuinya. Sedangkan jika aku melihat suatu keburukan, aku akan menghindarinya. Dengan demikian, aku telah mendidik diriku sendiri.”
Begitu proses memelihara diri dengan nilai akhlak yang baik dan operasi mendidik diri seharusnya berterusan sepanjang hayat apatah lagi seandainya dia seorang pendakwah. Modus operandi seseorang pendakwah hendaklah bertapak dalam asas akhlak mulia.
Tanpa pembinaan akhlak yang unggul dan tanpa menonjolkan nilai mulia diri kepada khalayak awam, maka visi dan misi untuk melaksanakan dakwah secara efektif kurang berkesan.
Kita lihat bagaimana kaedah Rasulullah SAW dalam dakwah Baginda yang tidak pernah luntur memperagakan harga diri yang mulia sehingga mampu mencairkan hati orang ingkar dan keras penentangannya terhadap Islam.
Pada suatu hari ada perarakan jenazah orang Yahudi lalu di depan Rasulullah SAW dan sahabat. Melihat itu, Nabi SAW segera berdiri sebagai tanda hormat. Sahabat berasa hairan lalu bertanya: “Bukankah mayat itu seorang Yahudi yang bukan Muslim? Lalu Nabi SAW menjawab: Walaupun bukan Muslim, dia adalah makhluk Allah juga.”
Juga kisah berikut yang jelas menonjolkan peribadi Nabi SAW yang mulia. Diriwayatkan di suatu sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya: “Wahai saudaraku, jangan kamu mendekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”
Namun, setiap pagi Nabi SAW datang kepadanya dengan membawa makanan tanpa berucap sepatah kata pun kepadanya. Setiap kali Baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu tanpa diketahui oleh pengemis itu siapa yang menyuap.
Selepas Nabi SAW wafat, tiada lagi orang yang sudi membawakan makanan dan menyuapkan kepadanya. Suatu ketika Abu Bakar mengunjungi rumah anaknya, Aisyah, isteri Nabi SAW seraya bertanya: “Wahai puteriku, apakah kebiasaan kekasihku Muhammad yang belum aku kerjakan?
Lihatlah bagaimana anggunnya akhlak Rasulullah SAW dan pesonanya kaedah dakwah sehingga perbuatan mengunjungi pengemis Yahudi tidak diketahui orang walau sahabat paling hampir.
Hebatnya peribadi Rasulullah SAW. Di akhir kisah tadi dikatakan bahawa pengemis buta Yahudi itu memeluk Islam selepas mengetahui orang yang biasa membawa dan menyuapkan makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW.
Begitu cara Nabi SAW yang tidak pernah kering dengan lontaran warna kemanusiaan dan tidak pernah gersang nilai akhlak mulia. Pendakwah yang ingin mengajak insan lain berada dalam landasan benar dan jalan lurus sewajarnya meniti jalan suci yang pernah ditempuhi Nabi SAW.