100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh  dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu  mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan  mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan  akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu  kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian  mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai  kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk  menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.  Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik  roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan  saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail  A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang  nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang  beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada  disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan  melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan  menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat  kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat  orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila  melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang  mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila  malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka  keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini  kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah  S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun  kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh  lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik  saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun  cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah  dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak  yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan  bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah  mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan  tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari  arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya  malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa  berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini  juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah  kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja  malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa  mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba  mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri  mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat  beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana  takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah  S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai  malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh  orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka  malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah  S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia  keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh  tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan  dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari  kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama…

 
No comments:
Post a Comment